|
Sunday, 18 August 2013 | 0Superstar (s)!
Tinju Siam berkembang daripada teknik berlawan dengan pihak musuh dalam jarak dekat dengan menggunakan tumbukan,tendangan,hentakan siku dan lutut. Pada zaman Sukhotai,setiap lelaki diwajibkanmempelajari tinju Siam.Pusat latihan utama tinju Siam terletak di daerah Lopburi.Terdapatjuga kuil kuil Buddha yang mengajar tinju Siam.Pada zaman Ayuttaya, raja dan orang kelas pertengahan perlu dilatih dengan tinju Siam demi mempertahankan negara.Justeru,tinju siam dijadikan sebagai salah satu kurikulum.Kedudukan tinju Siam begitu dihormati sehinggakan seseorang itu tidak boleh didakwa sekiranya ada yang terbunuhkerana menggunakan tinju Siam ketika berlawan.Pada zaman Thonburi pula,tinju Siam tidak lagi memainkan peranan pentingsetelah senapang dibawa masuk ke Thailand sebagai peralatan perang.Pada zaman Rottanakkosin,tinju Siam hanya dijadikan sebagai persembahantradisional dan tidak lagi di gunakan untuk beralwan.Kini,tinju Siam telah dijadikan salah satu sukan untuk pertandingan. |
D'Girls As'salam! Welcome to my wonderfull blog novel! Thanks for visitting. Please do not copy any in my blog ... underlined, bold blockqoute Chit-Chat The Credits! |